PERUTUSAN PENGARAH

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmatNya dan kurniaNya, selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung kerana melayari laman web rasmi Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS).

Saya melihat laman web ini sebagai wadah utama yang tidak asing lagi dan yang paling berkesan berkesan untuk menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan IPDAS agar lebih dikenali oleh masyarakat terutama yang memerlukan maklumat dalam bidang pengajian dakwah. Harapan Saya juga kepada semua pihak terutamanya kepada pelajar Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) sendiri juga para pengunjung lainnya ianya memenuhi keperluan masyarakat agar Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) dapat dirasai kewujudannya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam satu-satunya di Sabah. Segala pandangan untuk penambahbaikan adalah dialu-alukan.

Akhir kata, selamat melayari laman web rasmi IPDAS ini, semoga saluran ini menjadi sumber rujukan yang berguna dan memberi penerangan yang berkesan kepada para pengunjung sekalian. Insya Allah.

Sekian, Terima Kasih.

Pengarah IPDAS

HAJAH KHATIJAH BINTI ABD RAHMAN
Pengarah,
Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

OBJEKTIF

Sebagai sebuah institusi yang berteraskan pengajian islam, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah bertekad untuk menghasilkan :-
  1. Melahirkan generasi Rabbani yang berpendidikan tinggi dan menguasai ilmu naqli serta aqli.
  2. Melengkapkan mahasiswa dengan pelbagai dimensi kemahiran insaniah dan keusahawanan bagi menyediakan keperluan guna tenaga ummah.
  3. Melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk menjadi umara dan pendakwah profesional serta tempat rujukan masyarakat berdasarkan fahaman ahli Sunnah wal-jamaah khususnya di Sabah

VISI

Peneraju pendidikan tinggi Islam yang bersepadu di Sabah bagi menjana kecemerlangan generasi rabbani untuk kesejahteraan ummah sejagat.

MISI

Menyediakan program pendidikan tinggi Islam yang bersepadu merangkumi ilmu naqli dan aqli serta kemahiran dan keusahawanan untuk melahirkan graduan berimpak tinggi.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji :

1 Memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui perancangan, penggubalan dan pelaksanaan dasar pengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:
  • Cepat dalam semua tindakan;
  • Tepat dalam membuat keputusan;
  • Layanan mesra kepada pelanggan;
  • Menepati masa yang dijanjikan;
  • Adil dan saksama dalam pertimbangan;
  • Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi serta boleh dipercayai; dan
  • Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.
2 Membangunkan organisasi perkhidmatan awam yang mantap melalui penyusunan semula struktur organisasi, skim perkhidmatan dan perjawatan secara berterusan selaras dengan skop tanggungjawab semasanya supaya dapat berfungsi dengan optimum.
3 Memastikan pengurusan modal insan yang terbaik bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan anggota Perkhidmatan Awam melalui pembangunan sistem-sistem dan amalan-amalan terkini.
4 Meningkatkan produktiviti dan kecekapan modal insan Perkhidmatan Awam melalui latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan mengikut dasar latihan Perkhidmatan Awam.
5 Menarik, membangun dan mengekalkan tenaga kerja berpotensi ke arah prestasi yang cemerlang melalui pengurusan gaji, elaun dan pelbagai kemudahan yang disediakan.
6 Memastikan hubungan yang harmonis antara majikan-pekerja melalui penyebaran maklumat secara lebih meluas bagi meningkatkan kesefahaman antara mereka dalam isu-isu berkepentingan bersama.
7 Mentadbir undang-undang pencen Perkhidmatan Awam dan memastikan faedah persaraan dibayar kepada penerima yang layak.
8 Membangunkan sumber manusia melalui pendekatan psikologi dan kaunseling serta latihan kepada anggota Perkhidmatan Awam secara efektif dan efisien berteraskan prinsip, etika dan piawaian amalan yang ditetapkan.
9 Memastikan maklum balas kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat dan mesra serta menepati tempoh-tempoh berikut:
  • Akuan penerimaan dalam masa satu hari; dan
  • Menyelesaikan aduan dalam masa 14 hari.

AHLI LEMBAGA IPDAS

Bil Nama Jawatan Jabatan
1 YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
2 YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Shuhaimi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
3 YBhg. Datuk Seri Panglima Dr. Haji Hashbullah Haji Taha Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
4 YBhg. Datuk Ustaz Hj Bungsu @ Aziz Bin Hj Jaafar Sahibus Samahah (Mufti) Negeri Sabah (Mufti) Negeri Sabah
5 YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed (Setiausaha) Persekutuan Sabah Persekutuan Sabah
6 YBhg. Assoc. Prof Madya Datuk Dr. Haji Abdul Kadir Hj Rosline Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah Kampus Kota Kinabalu, UiTM Sabah Kampus Kota Kinabalu
7 YBhg. Prof. Madya Dr. Sahar Sa’di Hashim Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Akademi Seni Budaya dan Warisan
8 YBhg. Datuk Haji Saifulzaman Bin Sangul Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
9 YBhg. Dr. Muhamad Yamin bin Ismail Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
10 YBhg. Dato’ Haji Razali Bin Shahabudin Pengerusi Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
11 YBhg. Dato’ Dr. Mistirine Binti Radin Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
12 YBhg. Tuan Haji Norjeli Bin Haji Dais Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sabah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sabah
13 YBhg. Encik Ramzi Bin Osman Penasihat Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
14 YBhg. Prof Dato' Dr. Zulkiple bin Abd Ghani Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (USIM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
15 YBhg. Prof. Madya. Dr Rasid Mail Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Pusat Pendidikan Tinggi Sabah
16 YBhg. Datuk Haji Sairin Haji Karno Yang Di-Pertua USIA Pertubuhan Islam Seluruh Sabah
17 YBhg. Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik Pengarah IPDAS Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah

AHLI LEMBAGA JKPA

Bil Nama Jawatan Jabatan
1 YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 8, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya No. 23, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3 62100 PUTRAJAYA
2 YBrs. Dr. Muhammad Yamin bin Ismail Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kemajuan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Kompleks Islam Putrajaya No. 23, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3 62100 PUTRAJAYA
3 YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah Pemangku Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
4 YBrs. Prof Madya Dr. Berhanundin bin Abdullah Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Akademik Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik Universiti Sultan Zainal Abidin Gong Badak 21300 Kuala Nerus, Terengganu.
5 YBrs. Prof. Madya Dr. Razaleigh Muhamat @ Kawangit Profesor Madya Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor
6 YBrs. Dr. Tenku Putri Norishah binti Tenku Shariman Pengarah Pusat Pendidikan Jarak Jauh Dalam Talian Fakulti Multimedia Kreatif Multimedia University (MMU) Persiaran Multimedia 63100 Cyberjaya, Selangor
7 YBrs. Dr. Nurul Husna binti Manso Ketua Jabatan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 50603, Kuala Lumpur
8 YBrs. Dr. Nadzrah Ahmad Ketua Jabatan Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah Kuliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 50728 Kuala Lumpur
9 YBrs. Puan Marini binti Md Isa Dekan Kuliyyah Hospitaliti dan Seni Krea Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah 09300 Kuala Ketil, Kedah
10 YBrs. Tuan Mohd Azmi bin Pelah Pengarah JPK Wilayah Sabah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sabah & Labuan Kementerian Sumber Manusia Lot A 6.2 & 6.3, Blok A, Tingkat 6 Bangunan KWSP, Peti Surat 21 Jalan Karamunsing 88598 Kota Kinabalu, Sabah
11 YBrs. Tuan Abdul Rahman bin Talipudin Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS Beg Berkunci 103 88737 Kota Kinabalu, Sabah
12 YBrs. Tuan Samin bin Ongki Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah Lot E-4-7 & E-4-8, Tingkat 4 Plaza Tanjung Aru Jalan Mat Salleh Tanjung Aru 88100 Kota Kinabalu, Sabah

STRUKTUR ORGANISASI

carta ipdas 2023