/ | WAKTU SOLAT BAGI KENINGAU - IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PERUTUSAN PENGARAH

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmatNya dan kurniaNya, selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung kerana melayari laman web rasmi Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS).

Saya melihat laman web ini sebagai wadah utama yang tidak asing lagi dan yang paling berkesan berkesan untuk menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan IPDAS agar lebih dikenali oleh masyarakat terutama yang memerlukan maklumat dalam bidang pengajian dakwah. Harapan Saya juga kepada semua pihak terutamanya kepada pelajar Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) sendiri juga para pengunjung lainnya ianya memenuhi keperluan masyarakat agar Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) dapat dirasai kewujudannya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam satu-satunya di Sabah. Segala pandangan untuk penambahbaikan adalah dialu-alukan.

Akhir kata, selamat melayari laman web rasmi IPDAS ini, semoga saluran ini menjadi sumber rujukan yang berguna dan memberi penerangan yang berkesan kepada para pengunjung sekalian. Insya Allah.

Sekian, Terima Kasih.

Pengarah IPDAS

HAJI MOHAMAD ZAMRI BIN MOHAMED SHAPIK
Pengarah,
Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

OBJEKTIF

Sebagai sebuah institusi yang berteraskan pengajian islam, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah bertekad untuk menghasilkan :-
  1. Graduan berilmu, berakhlak mulia, berhikmah serta mampu menghadapi cabaran semasa.
  2. Graduan yang mempunyai kemahiran vokasional yang bersesuaian dengan kehendak semasa.
  3. Graduan yang berkebolehan menjadi pembimbing dan tempat rujukan masyarakat berdasarkan fahaman ahli Sunnah Wal Jamaah

VISI

Menyediakan program pendidikan tinggi Islam yang bersepadu merangkumi ilmu naqli dan aqli serta kemahiran dan keusahawanan untuk melahirkan graduan berimpak tinggi.

MISI

Peneraju pendidikan tinggi Islam yang bersepadu di Sabah bagi menjana kecemerlangan generasi rabbani untuk kesejahteraan ummah sejagat.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji :

1 Memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui perancangan, penggubalan dan pelaksanaan dasar pengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:
  • Cepat dalam semua tindakan;
  • Tepat dalam membuat keputusan;
  • Layanan mesra kepada pelanggan;
  • Menepati masa yang dijanjikan;
  • Adil dan saksama dalam pertimbangan;
  • Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi serta boleh dipercayai; dan
  • Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.
2 Membangunkan organisasi perkhidmatan awam yang mantap melalui penyusunan semula struktur organisasi, skim perkhidmatan dan perjawatan secara berterusan selaras dengan skop tanggungjawab semasanya supaya dapat berfungsi dengan optimum.
3 Memastikan pengurusan modal insan yang terbaik bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan anggota Perkhidmatan Awam melalui pembangunan sistem-sistem dan amalan-amalan terkini.
4 Meningkatkan produktiviti dan kecekapan modal insan Perkhidmatan Awam melalui latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan mengikut dasar latihan Perkhidmatan Awam.
5 Menarik, membangun dan mengekalkan tenaga kerja berpotensi ke arah prestasi yang cemerlang melalui pengurusan gaji, elaun dan pelbagai kemudahan yang disediakan.
6 Memastikan hubungan yang harmonis antara majikan-pekerja melalui penyebaran maklumat secara lebih meluas bagi meningkatkan kesefahaman antara mereka dalam isu-isu berkepentingan bersama.
7 Mentadbir undang-undang pencen Perkhidmatan Awam dan memastikan faedah persaraan dibayar kepada penerima yang layak.
8 Membangunkan sumber manusia melalui pendekatan psikologi dan kaunseling serta latihan kepada anggota Perkhidmatan Awam secara efektif dan efisien berteraskan prinsip, etika dan piawaian amalan yang ditetapkan.
9 Memastikan maklum balas kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat dan mesra serta menepati tempoh-tempoh berikut:
  • Akuan penerimaan dalam masa satu hari; dan
  • Menyelesaikan aduan dalam masa 14 hari.

AHLI LEMBAGA PENGARAH

Bil Nama Jawatan Jabatan
1 YBHG. Dato’ Haji Paimuzi Bin Yahya Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
2 YBGH. Tuan Aziz bin Haji Mohamad Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
3 YBHG. Datuk Seri Panglima Dr. Haji Hasbullah Haji Taha Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
4 YBHG. Datuk Ustaz Hj Bungsu @ Aziz Bin Hj Jaafar Sahibus Samahah (Mufti) Negeri Sabah (Mufti) Negeri Sabah
5 YBHG. Dato’ Samsuni Bin Mohd Noor (Setiausaha) Persekutuan Sabah Persekutuan Sabah
6 YBHG. Assoc. Prof Madya Datuk Dr. Haji Abdul Kadir Hj Rosline Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah Kampus Kota Kinabalu, UiTM Sabah Kampus Kota Kinabalu
7 YBHG. Prof. Madya. Dr Raman Bin Noordin Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) Universiti Malaysia Sabah Universiti Malaysia Sabah
8 YBHG. Datuk Haji Saiful Zaman Bin Sangul Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
9 YBHG. Prof Datin Dr. Raihanah Binti Haji Abdullah Pengarah Akademi Pengajian Islam Akademi Pengajian Islam
10 YBHG. Dato’ Haji Razali Bin Shahabudin Ahli Profesional
11 YBHG. Mistirine Binti Radin Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
12 YBHG. Tuan Haji Norjeli Bin Haji Dais Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sabah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sabah
13 YBHG. Dato’ Selamat Bin Paigo Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
14 YBHG. Encik Ramzi Bin Osman Penasihat Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

STRUKTUR ORGANISASI

Kemaskini Terakhir : 20 September 2020
Jumlah Pelawat :
powered by Free-Counters